Wednesday, April 15, 2009

PERANCANGAN TERBUKA

Sektor ekonomi khususnya perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman adalah di antara jenis perniagaan yang wujud di mana-mana sahaja. Sektor ini berkembang maju selagi berlakunya perkembangan dan kegiatan penduduk di sesuatu tempat di mana setiap lapisan umur, jantina, pekerjaan atau kelas ekonomi terhadap keperluaan asas ini walau di bandar-bandar besar atau pendalaman.

Faktanya, samada dalam skala ekonomi besar, sederhana atau kecil, sektor perniagaan makanan sudah menjadi suatu industri yang amat penting. Justeru itu, industri restoran yang bersifat ‘term cash business’ menjanjikan pulangan lumayan dan merupakan kegiatan keusahawanan yang menarik dan efektif yang menguntungkan. Ia juga sering dikaitkan dengan perolehan ‘margin’ keuntungan yang relatifnya besar.

Banyak kelebihan yang diperolehi oleh usahawan terlibat dengan perniagaan. Pintu rezeki terbuka luas bagi usahawan yang berniaga berbanding dengan bidang-bidang yang lain, Rasulullah s.a.w sendiri amat menggalakkan umatnya supaya berniaga.
“Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki”.(Riwayat Ahmad)

Namun, perancangan, penglibatan, permulaan dan pengendalian restoran seumpama ini, ianya melibatkan kos dan modal yang mencukupi sebelum dapat menguruskan bidang keusahawanan yang menjanjikan keuntungan lumayan ini.

Rasulullah s.a.w telah membawa khabar gembira kepada para peniaga yang mengamalkan sikap jujur dan amanah ketika mana mereka berurus niaga. Sabda rasulullah s.a.w:“Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi,sodikin, orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak”.(Riwayat At-Tarmizi Ibnu Majah)

Berdasarkan pengalaman pihak pengurusan yang mempunyai rahsia resepi yang tiada tandingan dan telah ternyata mendapat sambutan melalui pengalaman mereka yang telah membekalkan chef yang berpengalaman serta pengurusan strategi promosi dalam menjayakan Restoran Penyu di Kuala Trengganu dan Restoran Cheng Ho milik penyanyi tersohor Amy Search di Kuala Lumpur, kini mereka membuka ruang kepada yang berminat dengan pelaburan ini untuk menjadi rakaniaga yang mempunyai objektif dan visi yang sama.

Hubungi/Contact : hanglipo.restaurant@gmail.com

No comments: